|
Fungsi dan perananan JPPICT adalah membuat penyelidikan dari segi perkembangan dan pembangunan teknologi ICT. Hasil daripada penyelidikan ini digunakan untuk merancang perkembangan ICT di UiTM - Menyedia dan mengesahkan penentuan (spesifikasi) teknikal alat-alat komputer, pencetak, perisian dan Iain-lain perkara yang berkenaan.
Mengemas kini maklumat serta ilmu pengetahuan di dalam bidang ICT berdasarkan kepada perkembangan terbaru ICT. Menganalisis dokumen-dokumen tender yang berkaitan dengan alat-alat komputer dan yang berkaitan dengannya. Mengendalikan ujian 'benchmark' ke atas sistem-sistem komputer yang perlu bagi membantu dan memastikan kesahihan dan kepastian penentuan teknikal alat-alat berkenaan. Mengkaji syarikat-syarikat pembekal alat-alat komputer dan yang berkaitan dengannya bagi memastikan kewibawaan dan keupayaan syarikat-syarikat berkenaan dari segi kebolehan membekal dan memberi perkhidmatan selepas jualan. Membentangkan laporan analisis dokumen tender bagi alat-alat komputer dan yang berkaitan dengannya kepada Lembaga Perolehan UiTM untuk mendapat keputusan muktamad
|
|
Last Updated on Thursday, 14 May 2009 01:37 |