Home
Bahagian FMS PDF Print E-mail

Peranan bahagian ini adalah seperti berikut:

  • Menyelenggara dan menambahbaik sistem yang akan dibangunkan.
  • Menambahbaik dan Membangunkan modul-modul baru yang berkaitan dengan kemudahan.
  • Memberi khidmat sokongan teknikal berkaitan dengan sistem.
  • Membangunkan satu sistem kemudahan universiti yang menyeluruh dan bersepadu.

Mengenai Kami


Pengenalan

FMS adalah singkatan pada Facilities Management System, merupakan bahagian yang ditubuhkan di bawah Jabatan Aplikasi & Integrasi Sistem. Penubuhan Sistem Pengurusan Fasiliti atau Fasilities Management System bertujuan untuk membangunkan system dan melicinkan jalan kerja untuk Pejabat Pengurusan Fasiliti dan Bahagian Pembangunan.

Latar Belakang

Facilities Management System adalah sistem maklumat pengurusan fasiliti yang dibangunkan menggunakan perisian off-the-shelf iaitu Archibus/FM untuk membantu dalam pengurusan fasiliti di UiTM. Skop fasiliti merangkumi aset UiTM iaitu bangunan, perkakasan mekanikal & elektrikal dan lain-lain lagi.

Secara keseluruhan pemilik proses sistem tersebut adalah Pejabat Pengurusan Fasiliti dan beberapa modul prosesnya adalah dimiliki oleh Bahagian Pembangunan. Sistem ini adalah satu sistem automasi proses di kedua-dua pejabat tersebut dalam menyokong operasi pembangunan dan penyelenggaraan fasiliti di UiTM.

Peranan

  • Membangunkan sistem pengurusan fasiliti yang menyeluruh dan bersepadu
  • Menyelenggara perkakasan dan sistem pengurusan fasiliti
  • Memberi khidmat sokongan teknikal berkaitan dengan sistem

Objektif

  • Kesemua proses aplikasi akan dibangunkan secara elektronik dan sesuai untuk pengguna.
  • Memberikan kemudahan kepada pengguna untuk menyediakan laporan atau statistik sendiri bagi meminimumkan tenaga teknikal.
  • Menyediakan informasi yang bersesuaian yang boleh dicapai dimana sahaja dengan mudah.
  • Menyediakan capaian maklumat kepada cawangan UiTM dengan cepat dan mudah.

Perkhidmatan yang ditawarkan


Pengenalan Sistem FMS

Facilities Management System (FMS) adalah sistem maklumat pengurusan fasiliti yang dibangunkan untuk Pejabat Pengurusan Fasiliti dan Bahagian Pembangunan. Sistem ini adalah satu sistem automasi proses di kedua-dua pejabat tersebut dalam menyokong operasi pembangunan dan penyelenggaraan fasiliti di UiTM.

Sistem tersebut menggunakan perisisan on-the-self yang terdiri daripada beberapa komponen :-

  • ARCHIBUS/FM Enterprise for Windows
  • ARCHIBUS/FM WebCentral for Internet Explorer
  • ARCHIBUS/FM Overlay for AutoCAD
  • ARCHIBUS/FM Work Wizard for Windows 

Komponen FMS

ARCHIBUS/FM Enterprise adalah sistem yang dibangunkan untuk pentadbir sistem di mana aplikasi hanya dapat di akses melalui Windows Operating System. Sistem ini terdiri daripada 3 modul seperti berikut :-

  • Space Management ( Pengurusan Ruang ) : Modul ini menjurus kepada pengurusan ruang dimana pengguna dapat menentukan penempatan pemilik dan memanipulasikan penggunaan ruang.
  • Building Operation Management ( Pengurusan Operasi Bangunan) : Modul ini membolehkan pengguna untuk menyelenggara bangunan berdasarkan kerja-kerja operasi penyelenggaraan bangunan. ( Contoh : Kerja Pembersihan, Kerja Pemasangan Elektrik yang baru, laporan aduan, mengurus maklumat kontraktor dan lain-lain ). Di dalam modul ini terdapat sub modul baru yang dibangunkan iaitu Work Wizard. Sub modul tersebut adalah untuk arahan kerja bagi proses penyelenggaraan.
  • AutoCAD Overlay/Design Management With AutoCAD Overlay (Pengurusan Rekabentuk ) : Modul ini membolehkan pengguna untuk mengurus drawing / pelan lukisan bangunan. Modul ini akan diintegrasikan dengan perisian AutoCAD yang merupakan perisian yang standard yang digunakan oleh Pejabat Pengurusan Fasiliti.
  • ARCHIBUS/FM WebCentral adalah sistem yang dibangunkan secara web yang membolehkan proses laporan aduan kerosakan di buat. Sistem ini dibangunkan untuk Pengurusan Operasi Bangunan. Melalui sistem ini semua aduan kerosakan di setiap bangunan dan ruang di dalam Universiti dapat direkod. 

Rekabentuk Aplikasi FMS

Reka bentuk asas aplikasi FMS adalah seperti beikut :-

Image

Teknikal Sistem

Dari segi teknikal FMS menguruskan :-

  • Bilik server ( Server FARM 1)
  • 5 Server ( 2 Apps server - HP Proliant DL580G3 & DL380G3 ), (2 Db server - Integrity RX2620 & RX4640 ), ( 1 Storage Server - HP Proliant DL380G3 ) Pangkalan data - Oracle Database Enterprise 10gR2
  • Development Tools - PHP ( Open Source )
  • 1 SAN Storage with tape drive
  • CISSCO MDS 9120 Switch2
  • UPS R12000 XR
  • ARCHIBUS/FM System

Talian Perkhidmatan


Pertanyaan Teknikal
No. telefon pegawai-pegawai untuk dihubungi.
 
Ketua Bahagian FMS  55442217  En. Mohd HairyMohammaddiah 
Pegawai Teknologi Maklumat  55442113   Pn. Iswani Md. Ghazali 
Pen. Peg. Tek. Maklumat (Tetap)  55211366  Cik Ismalela Ismail 
Pen. Peg.Tek. Maklumat (Sementara)  55211366  Pn. Haszlinah A.Hamid 
Pen. Peg. Tek. Maklumat (Sementara)  55211366  Cik Muzha Mohd Fadzil 
Pen. Peg. Tek. Maklumat (Tetap)  55211372  Cik Rohida Ghazali
 

Last Updated on Monday, 10 August 2009 02:03
 

SUDUT GALERI FOTO

e-Buletin 2009

SUDUT GALERI VIDEO

Kalendar

February 2010 March 2010
Su Mo Tu We Th Fr Sa
Week 5 1 2 3 4 5 6
Week 6 7 8 9 10 11 12 13
Week 7 14 15 16 17 18 19 20
Week 8 21 22 23 24 25 26 27
Week 9 28

Pelawat kami

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday136
mod_vvisit_counterYesterday1251
mod_vvisit_counterThis week2581
mod_vvisit_counterThis month10246
mod_vvisit_counterAll137590