|
Berita baik kepada para pensyarah UiTM Malaysia (Kampus Shah Alam) ! Unit Perkhidmatan Web & Hosting (UPWH) telah membuka permohonan bagi mendapatkan nama domain dan tapak hosting bermula dari 25 Ogos 2008. Para pensyarah yang berminat boleh mendapatkan borang di sini atau datang sendiri ke pejabat UPWH, PSMB di Aras 5 Menara SAAS, UiTM Malaysia .Sebelum memuat turun dan mengisi borang permohonan, pemohon dinasihatkan membaca serta mempersetujui Garis Panduan Tapak Hosting dan Membangun Laman Web serta Terma dan Syarat. Pemohon yang mengisi borang permohonan serta menandatanganinya dianggap bersetuju dan tertakluk kepada garis panduan dan peraturan yang telah dibaca.
Sila muat turun borang permohonan tapak hosting di sini. Sila Muat turun panduan penggunaan tapak hosting menggunakan cPanel.
Berikut adalah beberapa perkara yang perlu diambil perhatian oleh pemohon:
- Permohonan ini terbuka kepada kakitangan akademik UiTM Kampus Shah Alam sahaja atau membawa maksud kepada individu sahaja. Sebarang permohonan melibatkan organisasi, jabatan atau jawatankuasa seminar hendaklah memohon penyediaan laman web dengan menghantar emel atau surat rasmi kepada Jabatan Komunikasi Korporat dengan mengikut prosidur yang sedia ada.
- Penting : Tapak hosting hanya untuk menghostkan laman web sahaja, aplikasi berbentuk sistem-sistem pengurusan adalah tidak di benarkan.
- Permohonan perlu disertakan dengan emel rasmi UiTM , iaitu @salam.uitm.edu.my.
Borang yang telah siap diisi hendaklah difakskan ke 03 5544 2197. Sebarang pertanyaan, sila hubungi Pn Noor Aini di talian 03 5544 2605. |
|
Last Updated on Thursday, 01 October 2009 08:08 |